20120625
Kejadian Hampir Diragut
And this was happened to me. Tapi me hampir2 diragut. Alhamdulillah, syukur Allah telah menyelamatkan aku. Kejadian berlaku depan rumah sewa kot. Bukan nya depan bank ke. aku baru cucuk duit ke apa kan. So now memang kena hati2 tak kira dimana2 anda berada hatta dalam rumah sendiri kan. Ok let start the story.
Semalam tengahari (Ahad, 24.06.12, 1.50pm). Takkan aku lupa kejadian ni sampai bila2. Dan ia nya menjadi pengajaran pada aku dan juga housemate yang lain. Lepas zohor tu aku n housemate, Su nak keluar makan. Aku dah siap dulu. sementara tunggu Su turun, aku pon nak pegi panas kan enjin kereta. Masa aku baru start enjin tu aku dah perasan ada 2 orang laki lalu naek motor bawak perlahan2. Baru masuk simpang taman. Tapi dia terus je la.
Pastu aku pon bermonolog dalaman. "apahal pulak orang ni. bawak motor perlahan2. pastu mata dok pandang2 kawasan rumah. nak carik rumah kosong ke??"
Tapi memang dah nampak mencurigakan kan la. Terdetik jugak rasa tak sedap hati tu. Sambil2 tu, aku turun kan la dua2 tingkap bahagian depan bagi sejuk sebab time tu tengah panaskan. Sementara bagi enjin panas, aku pon masuk dalam kejap nak amek beg duit. Tapi dalam masa nak masuk rumah tu aku dah rasa tak sedap hati. Tak sampai berapa saat aku masuk rumah, aku keluar je.... nampak motor tu patah balik ke arah kereta aku. diorang pon slow mcm nak berhenti. Ingat nak berhenti tanya ke kan. Rupa2 ye!!!... pembonceng yg duduk belakang tu sempat bukak pintu penumpang depan!!! (sebab bahagian driver ke arah dalam).....Aku pon tergamam ok!! Eh..eh..apahal pulak bukak pintu kereta aku?????...aku tak menjerit pon. sebab tergamam giler!! tapi dalam pada tu aku terus meluru ke arah kereta sebab nak tarik kunci kereta. Dalam hati " keta aku..keta akuuuu..abes laaaa...." cepat2 cabut kunci capai kat tingkap jek. sebab tingkap terbukak... ishhhh cuak gilerrr!!! aku takuit dia bawak lari kereta je. dengan selamba je diorang belah. tak pecut ponnn... automatik keluar perkataan 'Celaka'...hahaha..memang lepas tu macam sakit hati gilerrr...tak guna punye jantannnnn... lepas tu berdebarrrrr2 gilerrrr....mcm tak nak bernafasssss ok... aku syak dia nak amek henbeg. sbb normaly org pompuan kan suka letak henbeg kat seat depan kan. dan sememang nya takde henbeg pon kat situuu... dan kebetulan lepas tu Tab, boifren cici datang sbb nak bagi makan kucing. Dia pon perasan 2 laki tu. sbb diorang keluar simpang, Tab pon sampai.. Aku siap suruh Tab check kot2 diorang campak bom ke....hahahaha...drama sangatt... Alhamdulillah takde ape2.. Lepas tu terus buat police report. tak jadi pegi makannn...sambil drive tu mmg jalan nak pegi balai polis kajang pon boleh lupaaaaa....adooiiii...nasib Su ada....
Dan aku pasti penjahat tu akan cari mangsa lepas tu. sbb dia tak dapat apa2 habuan pon... sungguh tak guna punya jantan. melayu kottt...perosak bangsa!!
**So, moral of the story, jangan tinggalkan kereta ketika tengah panaskan enjin. walaupon bahang panas membakar,,,duduk je la dalam kereta tu.. zaman sekarang ni memang dah tak selamat... sekarang ni memang triple check kereta dah lock ke belum..pintu pagar dah mangga ke tak... fuhhhh...memang kena alert bunyik2 kat luar rumah...Now, I am so learn from the MISTAKE!!!
Jangan lupa jaga keselamatan ye kawan!!! Especially jalan2 sorang2...
20120411
BOSIET + HUET Training
I have done for BOSIET (Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training).
Mula2 risau jugak. dah la Im the only one girl in the class. but they all very supportive.
Mostly the candidates are first timer get into the offshore life. some of them ada yang otai.
Ada yang dah jadi chief engineer kot. but they all very sharing and caring. Feeling so excited when listened to their story of offshore life. Yang otai tu pon still rasa mabuk sampai now.ahaha.
Ini lagi kan aku ni yang first time.
So merasa lah on first day training we oll doing fire fighting. and luckily weather at that time baru lepas hujan. so sangat damai. ahaha. ye la. can u imagine, with wearing all coverall suit with the extra mask, then kena masuk dalam kontena gelap gelita, siap ada asap2. bak kata instructor kitorang, ini baru asap disco, sebab dia dulu kena asap diesel. macam nak pecah paru2. haha. nasib2. we all sangat lucky. tu pon still rasa sesak nafas gak. and I one of last candidate yang masuk dalam kontena tu. dah masuk jangan panic la. kalau panic memang lupa la step2 yang dah diajar. ok passed!!.
okay i am very enjoyed the training. rasa tak sangka aku berjaya. haha. sangat terharu. dulu selalu dengar time career day or daripada senior. dengar cerita diorang macam susah kan. tapi dah mengalami sendiri. indah rupa dari khabar.hehe. and training ni dah sebulan lepas. baru nak story sekarang. dah agak basi.
** gambar dicilok dari website MSTS Asia. because takde orang nak bawak kamera ketika bermain2 air.
20120317
Penangan for the first week
walaupon dah masuk minggu ke 2 bulan 3, minggu ni baru la merasa kesan kepenatan menunggu, turun dan naik tren..duhh..balik keja memang flat!!
before this masuk keja 2 hari dah cuti weekend.
then kena pulak anta safety training seminggu.
ok now pon still takde job. just duduk desk study. and just site visit tengok kapal. tu pon jadi mandor tengok orang buat keja..hihi..
ape2 pon hopefully i will enjoy with my new job yang memang dikelilingi jejaka machooo...haha
and for now on aku sangat berdebar2 utk my first job.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku Ya Allah..aminn.. =)
20120118
20120110
happy 10.01.12!!
ni makna nya dah terlambat wish happy new year 2012.
ketinggalan bas betol kan..
now hari ni baru tergerak jari ni nak menaip kat blog.
wishfully this year 2012, Allah may give me chances to build up my career and my life.
and I hope 2012 is a good year for me.
and also may Allah will gives good health for my mak and ayah. ameen. InsyaAllah. If Allah wills..
20111117
BFF's wedding
20111005
1# Wordless Wednesday

20110303
murtabak singapura
itu ari ada pegi cuba murtabak singapura
ni adalah kerana cetusan idea housemate2 nak cari murtabak tu
tengah2 layan blog KOG
terjumpa la entri pasal murtabak singapura ni
apa lagi berdesup la kitorang
ni hasil oder kitorang
20110222
si buruk rupa
so tercetus lah niat nak buat blueberry cheescake...
make terhasil lah si buruk rupa ini, tapi si sedap rasa..
memang patot pon kalo nak tempah rege nye mahal
buat sendiri baru le tahu
tapi sgt puas hati.
20110210
lagi lagi fieldwork
kena recall balik kaedah..pufftt...
harap2 dapat la ape2 pantulan kat perak nnt...
20110201
i'm sick
20110117
"ini ayah....."
mcm vongok dpt msg ni
ingat aku nak percaye sgt ke
anto smpai 2 kali lak tu
ayat ni aku copy bulat2
dari segi tatabahasa pong aku dah tau
ni bkn orang mesia
kalo dah x mampu sangat nak topup, x payah lah pakai henpon
**aku nak je try call num tu. tapi x berani. mane le tau orang tu boleh kena kan santau melalui fon kan. sekarang ni macam2 boleh buat. dah x kira dosa pahala dah...
20101224
my passion!!
i have made a set of cupcakes for hantaran
and it was my first trial. still amateur.
but the result is not bad. masuk bakul angkat sendiri.hehe
20101027
UPSR dulu
disebabkan masing2 tengah dilanda demam periksa
(utk yg bergelar student je la)
tiba2 aku teringat kenangan menjawab peksa time UPSR dulu
kalau UPSR dimansuhkan rugi la ek. tak merasa jwab UPSR.hehe
ok berbalik pada citer asal.
aku dulu dulu zaman sekolah rendah selalu sangat kena muntah muntah.
mak aku cakap sebab aku suka minom air soya kat pasar malam kat air mawang tempat aku tu.
mak aku cakap air soya dah basi. tapi aku minom sedap jee..
tapi memang betol gak apa yang mak aku cakap tu.
asal ada pasar malam tu. esok nye mesti aku muntah muntah.
sakit kepala jangan cakap la. rasa macam nak terkeluar bijik mata time tuh.
nak dijadikan citer.
masa jawab paper matematik hari kedua peksa UPSR tu aku muntah muntah dengan terok nye.
sebab malam tu ada pasar malam. aku beli air soya.huhu.
pagi pagi sebelom pegi sekolah tu aku dah melepet. tak larat.
mak aku paksa aku pegi exam. habes tu tak kan nak ponteng peksa kan. peksa UPSR tuu..
penat penat enam taon belajar. tiba tiba time peksa tak datang pulak kan.
dah tu. pegi jugak. mak aku cakap la dengan cikgu yg jaga peksa hari tu yang aku tak sehat. muntah muntah. lepas hantar aku, mak aku teros pegi klinik ambik ubat.
doktor tu dah tau dah ubat muntah aku. sebab selalu sangat kena kan.
aku time tu memang tak senang lah nak jawab soalan.
pagi tu naseb baek kertas 1. maen isi je kertas objektif.
sambil sambil tu pulak aku dok ulang alik pegi muntah.
tak sempat sampai toilet aku dah uwekk kat belakang dewan peksa.
nasib baik ada paip kat situ.
nasib baek tak melambak kat dewan exam. duhh. kalo tak. memalukan.
pastu time rehat mak aku dah sedia menunggu suruh makan ubat. nasib rumah dekat.
kalau muntah muntah kan kena minom air garam tu kan. ok lega sekejap.
bayangkan segala tenaga aku habes. dah la tak lalu makan.
tak silap aku mak aku bawak kan roti kot. sebab tak sempat nak masak bubur.
ye la. dah terkejar kejar pegi klinik.
lepas rehat sambung kertas 2 pulak.
ni yang mencabar nih. sebab kena tunjuk jalan kira.
aku time tengah jawab tu aku boleh tertido. sebab keletihan.
cikgu memang tak kejutkan aku. sebab kesian kat aku.
ada pulak kan. lagi kesian kat aku kalau aku fail paper matematik. adoi la.
macam mane ntah aku boleh terjaga. mungkin kuasa Allah.
dengan pantas dan secara nervous aku jawab. gila penat nak buat cepat cepat.
sebab banyak masa aku spend utk tido.huhu. dan Alhamdulillah. syukur aku dapat jawab dengan baek walau aku tidak dalam keadaan baek.
lepas peksa tu cikgu tanya ok ke tak. aku jawab ok.
masa balik tu aku cakap kat mak, aku hanya buat yang termampu je.
mak cakap, tawakal je lah. mungkin ada hikmah dari Nya.
dan hikmah nya, aku dah tak berani nak beli air soya kat pasar malam.
sampai sekarang kot. kecuali taufufa yang sedap tu. hik.
hikmah kedua, aku dapat A utk matematik. Alhamdulillah...
aku rasa telah cipta sejarah time tu. sebab apa, ada sekali tu aku terjumpa ketua pengawas yg peksa tu. cikgu tu siap cakap "ouh, kamu pelajar yg muntah tu ek" OMG. maluuu..
dan kejadian itu telah menjadi buah mulut orang ramai. konon nye la.haha.
pengajaran nye, sila jaga pemakanan musim musim exam ni.
jangan benda benda merapu.
sila makan buah banyak banyak. seperti gamba epal di bawah.
baik utk perot dan kulit.hehe

tapi ape kan daya. byk esemen.
20101001
lagu sempoi- kalau berpacaran
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
#ni lagu the latest yg paling sempoi
lirik direct to the point
tak bosan mendengar
dan sila ambil iktibar.hehe
20100928
takde gambar 2010
sadis. sebab after bermaaf-maafan rumah kitorang dah kena serbu.
bersambung2 sampai ke magrib.fuhhh.
penat. tapi seronok. sebab makanan semua sold out.
20100908
Salam Aidilfitri 1431H
~~raye2 jugak. keselematan diri jgn dilupakan. especially utk yg memandu.
20100906
soping2 raya
20100902
suprisee!!!
weekend lepas gathering bukak puasa ngan mun, ella, cici n shahida.tu hari jumaat.lepas buka sempat la buat surprise kat birthday girl shahida. awal 5jam.hehe.
siap berpakat ngan mun. mun, aku g solat ngan shda kat atas. ko siap2 eh.haha...
konon2 nak tunggu kitorang habes solat then turun bawah.
ate lame nau nak menunggu. last2 cici n mun naek atas bawak kek.
pastu, surpriseee!!!..terkejut ngko shahida. ntah bile mase nye budak2 ni beli kek.
padahal masa tadi keluar same2 je pon. haha.
mesti shahidu u tertanya2 kan.
actually...haaa...ni nak bongkar rahsia ni...
we all dah usha2 kek lepas kita pegi kedai cosway tu lagi.
masa tengah eskot budak yg bawak barang cici tu ke kereta, cici sempat masuk kedai kek.
that's why cici xde time masuk kereta. pastu cici sempat le bagi isyarat kek x sedap.
pastu cam. aik camne ni. xdpt le nak surprise.
then, pastu kan kita singgah pegi kedai gambar kan, tengok2 ada kedai kek segar sebelah tu.
kek kat situ pon boley tahan jugak. time tu le mun n cici berdesup pegi beli..haaa...
i pon saje2 la dok teman u shahida kat kedai gambo. nasib baek lame nak menunggu cina tu siap kan gambo u. time tu i berdebor2 jugak le. jangan le kantoi. jangan le kantoi...haha...
berbakat jugak kitorang bab2 surprise ni kan...heeee
~~teringat aku kena birthday surprise ngan my ex-housemate last year. im speechless. nak nanges.hahaha..sangat terharu beb...
20100822
perihal bazar ramadhan
pejam celik pejam celik dah 12 hari kita berpuasa kan.
sekejap je.pastu dah raya...
aku suka bulan ramadhan ni sbb umat islam berlumba2 menambah amal ibadat masing2. bagus2.
suke tengok orang ramai pegi mesjid.
aku pon bulan puase ni merajin2 kan diri terawih kat mesjid.
terasa syahdu bila dengar alunan bacaan ayat quran oleh imam.
bukan setakat tu, badan pon jadi segar lepas berpeluh2 time solat.
tambah2 lagi makan macam2 time berbuka. sampai perot jadi ketat.
kira macam exercise la tu kan.
yang aku tak suka pulak bila berlumba2 nak pegi bazar ramadhan.
aduhh.. especially si penunggang motor.
takkan lari bazar tu dowh..tau la memasing poghut dah lapar.
bawak2 la bersabar. jangan sampai keselamatan pun diabaikan.
cakap pasal bazar ramadhan ni, baru 2 kali aku pegi utk puasa kali ni.
aku tak suka pegi bazar sebab ramai org. pastu bersesak mcm sardin.
aku sanggup je beli makanan kat kafe walaupon mcm bosan je lauk.
kalau kat bazar tu 1 round cukup lah.
lebih dari tu aku dah start rase pening2 berpusing2.huhu
sungguh tak lasak la aku ni.
ni aku teringat dulu masa sekolah rendah aku pernah pitam tau kat bazar.
sungguh memalukan!!
time tu x ingat darjah berape. aku pegi dengan ayah aku kat bazar ramdhan tampin.
time tu tengah tunggu kebab. aku ingat lagi. aku ni tak boleh diri satu2 tempat tu lame2. lagi2 la kalau puasa kan. giler memalukan taw..nasib baek time tu budak2 lagi. kalau time2 sekarang ni mau nye aku dah x jejak langsung kat bazar tu.!! jatuh saham i..haha
macam mimpi kot time pitam tu. rasa mcm melayang2. sedar2 je ada sorang makcik tu tengah renjis2 air kat muka aku. aku time tu macam blur2 je. aku tak tanye pon kenapa makcik tu renjis2 air tu. makcik tu pon dah mcm maen renjis2 dipilis pulak..
dah bangon tu teros je dapat kebab tu. saje je taw abg jual kebab tu nak tengok aku pitam.haha. ok boleh jadi taktik ni kalau tunggu lame2 order ape2 kat pasar mlm.haha.
lepas tu terus masuk kereta. dah tak sanggup nak pusing lagi. maluuuu kottt...
aku jadi senyap dalam kereta. aku mcm terfikir2 ada mcm kejadian pelik menimpa diri ini.haha
aku perasan ada calar2 luka kat siku. pastu aku flashback balik.
pastu baru la aku tanye ayah aku utk pengesahan. betol2 la macam mimpi!!
dah sampai rumah ayah aku pon report la kat ahli2 rumah.
ape lagi, kena bahan la dengan akak aku. cisss!!
and yet, aku kena bahan sampai sekarang!! sangat memalukan!! huhu..
sampai sekarang aku tak boleh lupa kejadian memalukan tu.
ok sekian.. tu je perihal bazar ramadhan kali ni.
selamat berpuasa ye!!













