20101027

UPSR dulu

udah lama betol x update blog ni.
sbb kesibukan melanda plus malas nak fikir idea.hik.

disebabkan masing2 tengah dilanda demam periksa
(utk yg bergelar student je la)
tiba2 aku teringat kenangan menjawab peksa time UPSR dulu
kalau UPSR dimansuhkan rugi la ek. tak merasa jwab UPSR.hehe
ok berbalik pada citer asal.
aku dulu dulu zaman sekolah rendah selalu sangat kena muntah muntah.
mak aku cakap sebab aku suka minom air soya kat pasar malam kat air mawang tempat aku tu.
mak aku cakap air soya dah basi. tapi aku minom sedap jee..
tapi memang betol gak apa yang mak aku cakap tu.
asal ada pasar malam tu. esok nye mesti aku muntah muntah.
sakit kepala jangan cakap la. rasa macam nak terkeluar bijik mata time tuh.
nak dijadikan citer.
masa jawab paper matematik hari kedua peksa UPSR tu aku muntah muntah dengan terok nye.
sebab malam tu ada pasar malam. aku beli air soya.huhu.
pagi pagi sebelom pegi sekolah tu aku dah melepet. tak larat.
mak aku paksa aku pegi exam. habes tu tak kan nak ponteng peksa kan. peksa UPSR tuu..
penat penat enam taon belajar. tiba tiba time peksa tak datang pulak kan.
dah tu. pegi jugak. mak aku cakap la dengan cikgu yg jaga peksa hari tu yang aku tak sehat. muntah muntah. lepas hantar aku, mak aku teros pegi klinik ambik ubat.
doktor tu dah tau dah ubat muntah aku. sebab selalu sangat kena kan.
aku time tu memang tak senang lah nak jawab soalan.
pagi tu naseb baek kertas 1. maen isi je kertas objektif.
sambil sambil tu pulak aku dok ulang alik pegi muntah.
tak sempat sampai toilet aku dah uwekk kat belakang dewan peksa.
nasib baik ada paip kat situ.
nasib baek tak melambak kat dewan exam. duhh. kalo tak. memalukan.
pastu time rehat mak aku dah sedia menunggu suruh makan ubat. nasib rumah dekat.
kalau muntah muntah kan kena minom air garam tu kan. ok lega sekejap.
bayangkan segala tenaga aku habes. dah la tak lalu makan.
tak silap aku mak aku bawak kan roti kot. sebab tak sempat nak masak bubur.
ye la. dah terkejar kejar pegi klinik.
lepas rehat sambung kertas 2 pulak.
ni yang mencabar nih. sebab kena tunjuk jalan kira.
aku time tengah jawab tu aku boleh tertido. sebab keletihan.
cikgu memang tak kejutkan aku. sebab kesian kat aku.
ada pulak kan. lagi kesian kat aku kalau aku fail paper matematik. adoi la.
macam mane ntah aku boleh terjaga. mungkin kuasa Allah.
dengan pantas dan secara nervous aku jawab. gila penat nak buat cepat cepat.
sebab banyak masa aku spend utk tido.huhu. dan Alhamdulillah. syukur aku dapat jawab dengan baek walau aku tidak dalam keadaan baek.
lepas peksa tu cikgu tanya ok ke tak. aku jawab ok.
masa balik tu aku cakap kat mak, aku hanya buat yang termampu je.
mak cakap, tawakal je lah. mungkin ada hikmah dari Nya.
dan hikmah nya, aku dah tak berani nak beli air soya kat pasar malam.
sampai sekarang kot. kecuali taufufa yang sedap tu. hik.
hikmah kedua, aku dapat A utk matematik. Alhamdulillah...
aku rasa telah cipta sejarah time tu. sebab apa, ada sekali tu aku terjumpa ketua pengawas yg peksa tu. cikgu tu siap cakap "ouh, kamu pelajar yg muntah tu ek" OMG. maluuu..
dan kejadian itu telah menjadi buah mulut orang ramai. konon nye la.haha.

pengajaran nye, sila jaga pemakanan musim musim exam ni.
jangan benda benda merapu.
sila makan buah banyak banyak. seperti gamba epal di bawah.
baik utk perot dan kulit.hehe


~~musim musim ujan ni sedap tido.
tapi ape kan daya. byk esemen.

20101001

lagu sempoi- kalau berpacaran



Kalau berpacaran... by ana raffali feat altimet

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


Ulang korus


Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah



#ni lagu the latest yg paling sempoi
lirik direct to the point

tak bosan mendengar

dan sila ambil iktibar.hehe