20101224

my passion!!

my passion now is baking and cooking
and what ever related to foods
i have made a set of cupcakes for hantaran
and it was my first trial. still amateur.
but the result is not bad. masuk bakul angkat sendiri.hehe



the roses so dobot dobot

20101027

UPSR dulu

udah lama betol x update blog ni.
sbb kesibukan melanda plus malas nak fikir idea.hik.

disebabkan masing2 tengah dilanda demam periksa
(utk yg bergelar student je la)
tiba2 aku teringat kenangan menjawab peksa time UPSR dulu
kalau UPSR dimansuhkan rugi la ek. tak merasa jwab UPSR.hehe
ok berbalik pada citer asal.
aku dulu dulu zaman sekolah rendah selalu sangat kena muntah muntah.
mak aku cakap sebab aku suka minom air soya kat pasar malam kat air mawang tempat aku tu.
mak aku cakap air soya dah basi. tapi aku minom sedap jee..
tapi memang betol gak apa yang mak aku cakap tu.
asal ada pasar malam tu. esok nye mesti aku muntah muntah.
sakit kepala jangan cakap la. rasa macam nak terkeluar bijik mata time tuh.
nak dijadikan citer.
masa jawab paper matematik hari kedua peksa UPSR tu aku muntah muntah dengan terok nye.
sebab malam tu ada pasar malam. aku beli air soya.huhu.
pagi pagi sebelom pegi sekolah tu aku dah melepet. tak larat.
mak aku paksa aku pegi exam. habes tu tak kan nak ponteng peksa kan. peksa UPSR tuu..
penat penat enam taon belajar. tiba tiba time peksa tak datang pulak kan.
dah tu. pegi jugak. mak aku cakap la dengan cikgu yg jaga peksa hari tu yang aku tak sehat. muntah muntah. lepas hantar aku, mak aku teros pegi klinik ambik ubat.
doktor tu dah tau dah ubat muntah aku. sebab selalu sangat kena kan.
aku time tu memang tak senang lah nak jawab soalan.
pagi tu naseb baek kertas 1. maen isi je kertas objektif.
sambil sambil tu pulak aku dok ulang alik pegi muntah.
tak sempat sampai toilet aku dah uwekk kat belakang dewan peksa.
nasib baik ada paip kat situ.
nasib baek tak melambak kat dewan exam. duhh. kalo tak. memalukan.
pastu time rehat mak aku dah sedia menunggu suruh makan ubat. nasib rumah dekat.
kalau muntah muntah kan kena minom air garam tu kan. ok lega sekejap.
bayangkan segala tenaga aku habes. dah la tak lalu makan.
tak silap aku mak aku bawak kan roti kot. sebab tak sempat nak masak bubur.
ye la. dah terkejar kejar pegi klinik.
lepas rehat sambung kertas 2 pulak.
ni yang mencabar nih. sebab kena tunjuk jalan kira.
aku time tengah jawab tu aku boleh tertido. sebab keletihan.
cikgu memang tak kejutkan aku. sebab kesian kat aku.
ada pulak kan. lagi kesian kat aku kalau aku fail paper matematik. adoi la.
macam mane ntah aku boleh terjaga. mungkin kuasa Allah.
dengan pantas dan secara nervous aku jawab. gila penat nak buat cepat cepat.
sebab banyak masa aku spend utk tido.huhu. dan Alhamdulillah. syukur aku dapat jawab dengan baek walau aku tidak dalam keadaan baek.
lepas peksa tu cikgu tanya ok ke tak. aku jawab ok.
masa balik tu aku cakap kat mak, aku hanya buat yang termampu je.
mak cakap, tawakal je lah. mungkin ada hikmah dari Nya.
dan hikmah nya, aku dah tak berani nak beli air soya kat pasar malam.
sampai sekarang kot. kecuali taufufa yang sedap tu. hik.
hikmah kedua, aku dapat A utk matematik. Alhamdulillah...
aku rasa telah cipta sejarah time tu. sebab apa, ada sekali tu aku terjumpa ketua pengawas yg peksa tu. cikgu tu siap cakap "ouh, kamu pelajar yg muntah tu ek" OMG. maluuu..
dan kejadian itu telah menjadi buah mulut orang ramai. konon nye la.haha.

pengajaran nye, sila jaga pemakanan musim musim exam ni.
jangan benda benda merapu.
sila makan buah banyak banyak. seperti gamba epal di bawah.
baik utk perot dan kulit.hehe


~~musim musim ujan ni sedap tido.
tapi ape kan daya. byk esemen.

20101001

lagu sempoi- kalau berpacaran



Kalau berpacaran... by ana raffali feat altimet

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


Ulang korus


Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah



#ni lagu the latest yg paling sempoi
lirik direct to the point

tak bosan mendengar

dan sila ambil iktibar.hehe


20100928

takde gambar 2010

tahun ni takde gambar raya bersama family
sadis. sebab after bermaaf-maafan rumah kitorang dah kena serbu.
bersambung2 sampai ke magrib.fuhhh.
penat. tapi seronok. sebab makanan semua sold out.

20100908

Salam Aidilfitri 1431H

Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir & batin

~~raye2 jugak. keselematan diri jgn dilupakan. especially utk yg memandu.

20100906

soping2 raya

takde topik laen di hujung2 ramadhan yg lagi beberapa hari nak raye ni.
iaitu soping raya le...
aku pon turut terlibat bersama2 geng bas sekolah cici + shada + sara + tab(bodyguard)
ate jalan mlm2 kena la ada bodyguard..heee



hanya tudung je dapat menambat hati ai..



beraksi seperti pelancong di jln TAR



kelaparan.makan2 di mali


20100902

suprisee!!!

weekend lepas gathering bukak puasa ngan mun, ella, cici n shahida.tu hari jumaat.
sabtu pulak, masak2 kat umah cici. makan nye 4 orang je pon. lauk nye macam 10 org.
lepas buka sempat la buat surprise kat birthday girl shahida. awal 5jam.hehe.
siap berpakat ngan mun. mun, aku g solat ngan shda kat atas. ko siap2 eh.haha...
konon2 nak tunggu kitorang habes solat then turun bawah.
ate lame nau nak menunggu. last2 cici n mun naek atas bawak kek.
pastu, surpriseee!!!..terkejut ngko shahida. ntah bile mase nye budak2 ni beli kek.
padahal masa tadi keluar same2 je pon. haha.
mesti shahidu u tertanya2 kan.

actually...haaa...ni nak bongkar rahsia ni...
we all dah usha2 kek lepas kita pegi kedai cosway tu lagi.
masa tengah eskot budak yg bawak barang cici tu ke kereta, cici sempat masuk kedai kek.
that's why cici xde time masuk kereta. pastu cici sempat le bagi isyarat kek x sedap.
pastu cam. aik camne ni. xdpt le nak surprise.
then, pastu kan kita singgah pegi kedai gambar kan, tengok2 ada kedai kek segar sebelah tu.
kek kat situ pon boley tahan jugak. time tu le mun n cici berdesup pegi beli..haaa...
i pon saje2 la dok teman u shahida kat kedai gambo. nasib baek lame nak menunggu cina tu siap kan gambo u. time tu i berdebor2 jugak le. jangan le kantoi. jangan le kantoi...haha...
berbakat jugak kitorang bab2 surprise ni kan...heeee

~~teringat aku kena birthday surprise ngan my ex-housemate last year. im speechless. nak nanges.hahaha..sangat terharu beb...

20100822

perihal bazar ramadhan

salam semua!!
pejam celik pejam celik dah 12 hari kita berpuasa kan.
sekejap je.pastu dah raya...
aku suka bulan ramadhan ni sbb umat islam berlumba2 menambah amal ibadat masing2. bagus2.
suke tengok orang ramai pegi mesjid.
aku pon bulan puase ni merajin2 kan diri terawih kat mesjid.
terasa syahdu bila dengar alunan bacaan ayat quran oleh imam.
bukan setakat tu, badan pon jadi segar lepas berpeluh2 time solat.
tambah2 lagi makan macam2 time berbuka. sampai perot jadi ketat.
kira macam exercise la tu kan.
yang aku tak suka pulak bila berlumba2 nak pegi bazar ramadhan.
aduhh.. especially si penunggang motor.
takkan lari bazar tu dowh..tau la memasing poghut dah lapar.
bawak2 la bersabar. jangan sampai keselamatan pun diabaikan.
cakap pasal bazar ramadhan ni, baru 2 kali aku pegi utk puasa kali ni.
aku tak suka pegi bazar sebab ramai org. pastu bersesak mcm sardin.
aku sanggup je beli makanan kat kafe walaupon mcm bosan je lauk.
kalau kat bazar tu 1 round cukup lah.
lebih dari tu aku dah start rase pening2 berpusing2.huhu
sungguh tak lasak la aku ni.
ni aku teringat dulu masa sekolah rendah aku pernah pitam tau kat bazar.
sungguh memalukan!!
time tu x ingat darjah berape. aku pegi dengan ayah aku kat bazar ramdhan tampin.
time tu tengah tunggu kebab. aku ingat lagi. aku ni tak boleh diri satu2 tempat tu lame2. lagi2 la kalau puasa kan. giler memalukan taw..nasib baek time tu budak2 lagi. kalau time2 sekarang ni mau nye aku dah x jejak langsung kat bazar tu.!! jatuh saham i..haha
macam mimpi kot time pitam tu. rasa mcm melayang2. sedar2 je ada sorang makcik tu tengah renjis2 air kat muka aku. aku time tu macam blur2 je. aku tak tanye pon kenapa makcik tu renjis2 air tu. makcik tu pon dah mcm maen renjis2 dipilis pulak..
dah bangon tu teros je dapat kebab tu. saje je taw abg jual kebab tu nak tengok aku pitam.haha. ok boleh jadi taktik ni kalau tunggu lame2 order ape2 kat pasar mlm.haha.
lepas tu terus masuk kereta. dah tak sanggup nak pusing lagi. maluuuu kottt...
aku jadi senyap dalam kereta. aku mcm terfikir2 ada mcm kejadian pelik menimpa diri ini.haha
aku perasan ada calar2 luka kat siku. pastu aku flashback balik.
pastu baru la aku tanye ayah aku utk pengesahan. betol2 la macam mimpi!!
dah sampai rumah ayah aku pon report la kat ahli2 rumah.
ape lagi, kena bahan la dengan akak aku. cisss!!
and yet, aku kena bahan sampai sekarang!! sangat memalukan!! huhu..
sampai sekarang aku tak boleh lupa kejadian memalukan tu.
ok sekian.. tu je perihal bazar ramadhan kali ni.
selamat berpuasa ye!!






20100811

congrats to shahida!!


Congrats to masterian shahida!!
berjaya gak konvo tahun ni
setelah beliau berhempas pulas men-submit tesis
tapi konvo sorang2. next year mugkin meriah. sbb ramai nnt..
bersempena konvo ni jugak aku punye class cancel
ok le tu. ley le melawat shahida
bear tecik tu je yang i mampu.haha.
bajet ciput kali ni.huhu.

~~x lupe jugak congrats kepada my lovely rumet, cikgu zira n my ex-schoolmate, anis. xde gambo dlm simpanan. sume org yg snap kan. zira n anis sila upload gambo.hehe

salam ramadhan

salam ramadhan kepada rakan2
semoga ramadhan kali ni membawa barakah kepada kita semua
insyaAllah...

~~syahdu nye bukak pose sorang2. rindu giler nk bukak pose ngan ex-housemate2:naza, ella, siah, cici + shahida(housemate jemputan.haha). rindunye nak masak same2. buke same2.. x sabor nak blk tampin buke ngan family..

20100719

For the rest of my LIFE

for the rest of my life by maher zain

20100718

hari ini dalam sejarah

hari ni aku telah mencatat sejarah baru sepanjang hampir 4 tahun dok bangi ni.
1st time aku bawak motor smpai alamanda.
muahaha..sangat berbangga!!

20100712

kembali

kembali semula ke dalam kehidupan pelajar yang normal
doakan kejayaan aku ye kawan2..

~~doa kena seiring dengan usaha. InsyaAllah..

20100705

minggu rajin

aktiviti membuat cheesecake
not bad jugak rasa nye
kalah secret recipe.haha..


dalam proses menyejuk



sedia utk dimakan


~~sesiapa berminat boley tinggal kan pesanan.haha

20100703

makan2 eskrem


last week g makan2 eskrem kat iceroom kat pd
rasa nye iceroom ni kat nilai pon ade kot
xbest sangat pon
tapi ok la kalo nak rasa
makan waktu siang best kot
sbb aku pegi malam2 kan
x feel sangat lah
pastu pulak tersilap oder
dapat yg x sedap
bertambah2 lah nak mengatakan eskrem tersebut x sedap


ni aku punye.nmpak pon xsedap. apatah lagi rasa nye. aku kena bahan ngan abg long aku.siot dia kata mcm tahik budak kena sawan. pernah tgok ke tahik budak sawan??huh.



mak aku kureng sket eskrem. dia suka bergambo.hee



sweet couple ker??ermm..


ok acik tahir pandai pilih eskrem dari aku.tercabar neyh.haha


aku jeles ngan eskrem syahmi. sangat sedap. strawberiess!!..

~~cuti2 ni menggemokkan badan saje

20100629

lambat macam siput

takde selera nak update
internet lembab macam siput sedut
promosi punya lah hebat
indah kabar dari rupa

~~nak bukak 1 page makan masa 15menet.hangenn..

20100624

i hate hackers!!

my email pasword has been hacked!!
what the fun!!

welkap




puas hati jugak tengok bola live kat laman sesawang astro ni
xde la rasa ralat x dapat tengok

20100617

makan best

makan sedap..
alhamdulillah..
rezeki. nak lagi boley??hehe

20100615

penang treat

dah lame x pegi penang
last pegi adalah time matrix tahun 2006
sbb aku matrix kmpp
tu pon naseb baek abg aku round2 penang before balik
minggu lepas aku punya rezeki dpt pegi penang treat by shahida
walaupun ianya adalah jadi peneman utk beliau jumpa chenta beliau
tapi boley dikira sebagai melancong jugak!!..
thank you so much shahida!! i sayang u lebey!!..haha
gambo2 pon boley tengok kat blog beliau
walaupon pegi kejap je
tapi puas hati
dapat makan pasemboq+char kuew teow+air kelapa
cuma rojak apek shahida je yang x dapat
xpe2.next time.hehe

20100609

kelip-kelip kg kuantan

hari tu time kat k.selangor sempat ronggeng pegi tengok kelip2
ala yang keluar iklan tnb tu..
dah alang2 ade kat situ kan
ape lagi. pakcik jom tengok kelip2...jimat duit
kalo naek teksi sapu kena bayor 20 hengget
ade la dlm 20 menet perjalanan.kalo naek keta lah
kena 40 hengget utk 1 sampan
1 sampan bley naek 4 org
so just nice kitorang 4 org included pakcik drebar
dapat la air mineral 4 botol
boleh lah buat basah tekak
sampan start jalan pukul8
so kitorang sampai2 tu pon dah nk magrib
siap2 beli tiket. duduk2 dlu tgok sunset
lepas solat kitorang naek
naseb baek org x ramai sgt sebab bukan weekend
kalo org ramai potensi nak kelebet kelip2 lama sangat la tipis.haha
dah ate kalo round nye sekejap.x dapat la tengok puas2.
si anip siap cakap kat abg tukang dayung
'bang, kalo penat, dayung la pelahan2..' padahal ayat membodek supaya dapat lama2 atas sampan..hihii
gambo2 kelip hanya dapat dirakam dalam memory kepala je
sebab rasa buang masa nak tangkap2 pakai kamera
baek tengok puas2 dengan mata kepala ciptaan Allah
sangat menakjubkan!! Subhanallah..
rasa sekejap je dapat tengok
kalo dapat pegi tengok lagi kan best...
ni antara gambo2 gedik kami,..heee


muka dah hitam pon ada hati nak posing..


my bodyguards..haha..cantek kan sunset kat blakang tuu..


brader ni tengah cuci2..


i dok couple seat ngan pakcik tau...hehe..


bodyguards i pon nak masuk jugak...hiks

20100601

fieldtrip

MORIB-KELANANG-BAGAN LALANG-PANTAI REMIS

mencabar giler fieldwork kali ni
ingat senang geofizik, rupa nye susah jugak
nasib baek lah sampai pantai remis dapat pantulan
kalo x dpt jugak,prof cadangkan pegi pekan, pahang
oh tidakkk...ni pon dah rasa nk tercabut kaki tangan

1st trip, peruntukan 3 hari
hero kali ni mejah. jadi tukang katok
puas pusing2 cari tempat
sampai 4 tempat kitorang pegi
naseb baek lah prof ade
kalo x xde idea utk cari tempat..huhu


day 1- pantai morib


day 1-pantai kelanang


day 2-pantai bagan lalang


day 2-pantai remis


2nd trip peruntukan dpt 5 hari
tapi sampai 4 hari je sanggup
tu pon dah dapat 300m
hero kali ni anip aka afun junior
punye semangat si anip
ye la 1st time field utk tesis.mane x semangat
target 50 shot 1 hari.
mmg semangat kesukanan
orang dok lalu lalang heran tgok kitorang
pastu penat menjawab. "kami buat kajian.dari ukm"...
tapi paling kesian tukang katok
aku tukang cabut geofon je
tu pon nak melecet tangan
nasib bwk glove
hari pertama boley tahan lagi
masuk hari ke2 smpai ke3 muka dah terbakor giler
hari ke4 pulak sempat buat kejap
bateri dua2 low.padahal dah charge mlm tu
so, dpt blk awal..yeayea..haha..
mmg awal giler, x sampai 10 shot pon
akibat nye kena dtg semula
tp xtau bile.mgkin lepas naek sem kot
sempat ke aku nk process n interperate dlm masa 1 sem??
tunggu dan lihat. insyaAllah..mudah2an..


day 1-pantai remis. ni my junior eh ngan prof buat discussion


kena buli jd tukang ketuk.hihi


thanks so muchh to all of my heros!!haha..xde diorang sape nak katok??katok la sendiri..haha


20100520

shopping

malam tadi aku shopping kat bundle ngan zira
mane dapat kat tempat laen 2 helai baju 15 hengget..
kat bundle je..
dulu aku x layan bundle
x pandang pon..
ni semua angkara housemate2 time jd RA dulu..ahaha
lame dah x singgah bundle tuh
dulu kalo x 1 rumah serang bundle
selalu nye lepas dinner la
pastu si asiah and cghrit boleh pulak berebut2 cardigan
haha..lawak2..
ngan aku xde sape nk rebut..
sbb aku sorang je yg muat. yg laen semua kecik2...
tu yg best..cuma saingan aku adalah ella...hikhik..
aku rasa baju2 yg aku beli recently kebanyakannye collection dr bundle. seyess..
mungkin ade yang geli nk pakai bundle.
aku pekak kan mata, tutup kan telinga.ahaha..
yang penting best!!!berbaloi...baloii...

~~mlm td dpt le sambar sweater + dress, total = rm15 =)

di luar kawalan

bismillahirrahmannirrahim..

walau tinggi mana ilmu yang kita ada
ia nya di luar kawalan kita
hanya Allah yang lebih mengetahui
semoga dipermudahkan jalan untuk menghabiskan perjuangan ini

~~waiting for next fieldwork. get ready for hitam-ing my skin.grrr...

20100512

sungguh besar dugaanMu ya Allah

bismillahirrahmannirrahim...

hari ni dimulakan dgn nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang
di dunia ini apa yg kita rancangkan tak semestinya mengikut kehendak kita
itu semua atas ketentuan Allah
atas kuasa Nya
itu yg terjadi dlm kehidupan manusia
ini mmg dugaan besar kat akak aku sbb dia baby meninggal dlm perut
Allahuakbar...
bayangkan kandungan dah 7 bulan
mmg kalau kita sndri pon dah excited
ini lagi kan akak aku yg bru prgenant anak sulong
7 bulan mmg tahap yg kita rasakan tahap yg stabil
tapi tau2 je baby dah tak gerak
mmg tak dpt bayangkan sedih nya
masa aku dpt tau pon mcm kena sentap jantung nih
mmg tak dpt dibayangkan
now, akak aku still tak bersalin lagi
dah 5 hari kena tahan wad
dan nak masuk kali ke-3 doktor nk masuk kan ubat
baby tu mungkin sayang kan ibu dia agak nya
nak duduk lama2 sikit dlm perut
tu je ayat yg aku slalu ckp kat akak aku
biar dia tak sedih sangat
tapi kalo tak betol2 handle mmg boleh meroyan
nauzubillah..mintak2 dijauhkan
ako doakan semoga akak aku dipermudahkan bersalin
semoga selamat semuanya
semoga dia kuat semangat
ada hikmah disebalik apa yg ditentukan Allah

20100506

macam tak sangka

macam tak sangka plak aku da abes exam
kejap je da abes sem 1
pastu cuti sem
kena pegi fieldwork plak tu
pastu masuk plak sem 2
kejap je masa berlalu
InsyaAllah smoga aku dapat follow the flow..

20100504

aku berazam

aku berazam utk melancong ke obersea suatu hari nnt
x kesah la pegi bandung pon obersea gak kan
aku berangan utk buat euro trip.wah.
sangat jeles kat student mesia yg study kt sane
dpt round 1 europe
sangat best dia punye view.bangunan. geological structure. wah.kate geoogist kan.ahaa
bkn nak kata view kat mesia ni x cantek
tapi saje la nak tukar angin kan
sedangkn mesia ni pon x abes pusing lagi.huhu
kalo ngan shahida mmg slalu dok berangan nak mkn angin kat sane
tapi kalo nk menetap kt obersea xde la
stakat keja boley kot.sbb our needs are provided
nk further study sane mgkin fikir berpuluh2 kali kot
sbb aku ade pandangan negatif kalo tgok student foreigner kt mesia
so kalo aku study obersea pon aku rase aku akan dipandang negatif oleh local
tu pendapat aku la
maybe u ols punye view lain kan
smoga Allah murah kan rzki aku
InsyaAllah

~~yg penting wajib tunaikan rukun islam ke-5 bg yg mampu. kalo dah dok keliling 1 dunia xkan x mampu kot..heee

20100501

esok birthday mak saya


hari tu chat fesbuk ngan akak aku.

my akak: "weh, tam, ko blk x mggu ni??besday mak ahad nih. boli kek" (akak aku mmg pggil aku 'tam'. singkatan hitam. ngokngek.sbb aku paling hitam dlm family ye.dushhh.)

aku: "aku blk ahd ni.alamak. cmne ley lupo besday mak nih. aku boli kek bkn mak yg makan. org laen yg mkn." (mak aku kureng sket kek2 nih)

ok esok besday mak aku yang ke brape ek??
jap2. 2010-1954= 56. ouh yg ke-56
wah.dah tua dah mak aku.
alhamdulillah anak2 dia semua berjaya
2 abg n akak aku da kawen.
tinggal aku je yg x kawen lagi.dushh.
mak aku sgt superwoman.
walaupon mak aku surirumah sepenuh masa.
mak aku bab2 masak mmg style lah.
tapi aku rasa semua org akan kata masakan ibu adalah paling di dunia kan.
standard lah.
dah kita mmbesar ngan air tangan mak kita kan.
aku respect la mak aku.
sakit2 pon boley masak utk anak2 dia.
now, masing2 da besar pon still mak aku yg prepare breakfast ok.
kadang2 masak maen campak2 je. tp perghh.sgt sedap!!
asal aku nk balik ukm, mesti ade bekal lauk.
sambal tempe wajib!!
mak aku jenis x cerewet.
tapi anak2 dia yang cerewet.hahaha.
mak aku mmg peneman setia ayah aku.
mak aku sampai now still lagi guntingkan rambut ayah aku.setiap petang jumaat.
selama aku hidup ni x penah aku tengok ayah pegi kedai gunting rambut.
romantik kan.
nnt boleh ke aku buat mcm mak aku tu utk suami aku nnt??mudah2-an..
tapi mak skrang dah x berape sehat.
mak aku ade gout, darah tinggi n kencing manis.
skrang ni mak aku mkn pon dah x nikmat.
byk benda x ley mkn
especially ade gout. semua seafood kecuali x ley mkn.
smpai mak aku cakap dia dah lupa mcm mane rasa ketam.
mmg sedih. aku sedap je makan.
walaupon mak aku x ley mkn seafood. tapi dia msk jugak utk family.
aduhai.kesian mak aku. tu kadang kalo nk pegi tempat, mesti fikir mkanan yg sesuai utk mak.
kadang2 time oder kita ckp xmau togey.xmau seafood.bla..bla..
smpai2 oder je mesti ade taugey la.kadang la plak janggut sotong.
kesian mak. pastu mak aku makan jugak. dia kate dia tolak tepi benda2 tu semua.
aku selalu marah. ye la sbb air togey n sotong tu pon kena jugak.
kang kesian kat mak kaki bengkak. x ley jalan.
time mak ayah aku pegi haji.
aku sedey giler.
sedey bkn sbb kena tggal sorang2.
aku sedey risau kesihatan mak aku
tapi kuasa Yang Maha Esa. mak aku alhamdulillah sehat kat sane.
laju je jln mak kau kat mekah.ayah aku ckp.haha.alhamdulillah..
blk sini teros x ley jln.
serius. abg aku yg jmpot kat klia. smpai rumah, mak aku turun dari kereta mmg berpapah.
mmg kuasa Allah. yg penting mak dapat beribadah. syukran..
skrang ni kesihatan mak aku stabil.
every month pegi medical checkup.
nsb baek akak aku mengajar dkt area rmh.
so dia la yg teman mak ayah.
ishh ni kalo nk citer psl mak ni smpai mggu depan pon x abes.
ape2 pon aku sentiasa doakan kesejahteraan mak ayah aku. family aku.
moga dilindungi kesihatan, keselamatan mereka.
semoga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
terima kasih mak n ayah mmbesar kan kitorang
berkorban utk mendidik anak2 smpai berjaya.alhamdulillah.
semoga kami anak2 mu berjaya di dunia dan ke jalan Allah.. insyaAllah...

~~td sempat beli brooch as a hadiah for my mom. even my mom doesnt ask for hadiah2 ni, it's just for appreciation for my mom.

MAK, YOU'RE A WONDERFUL MOM.
I LOVE U WITH A 'SPECIAL LOVE'
HAPPY BIRTHDAY & HAPPY MOTHER'S DAY TOO.

20100426

entry khas utk shahida =)

wah tajok entry mcm nk tulis utk awek je
haha
mggu ni last week shahida kt ukm
lepas ni sorang2 la aku kt ukm
meneruskan perjuangan
menghadapi samuel.huhu..
nnt xdpt la nk mgutuk2.haha.
nnt xdpt la pegi mkn same
nnt xdpt la pegi joging same
nnt xdpt la pegi fakt same
nnt xdpt la pegi blk siswazah same
nnt xdpt la shahida nak join tgok wyg ari rabu
aku stat rapat ngan shahida time 3rd year degree
bila dia stat msuk zaba
dia la yg rajin merempit ngan aku smpai skrg
dia suke pggil aku 'zeedge'
nickname emel aku.haha.lawak.
ngan dia je aku bhse kan diri i u.sbb dia pon ckp camtu
kalo ddk ngan shahida xpenah nye nk bosan
walaupun aku jumpa dia ari2
ade je topik nk bercerita
ngan lawak dia
ngan idea merepek dia
ngan angan2 dia
byk la benda semua ngan dia
skrang Alhamdulillah dia dah dpt ape yg dia impikan
shda, jgn lupa bls jasa family u
i x sabar nk tengok u kawen.huhu




ni la tukang teman aku pegi joging



dan juga teman pegi mane2

~~sedey giler.sob2...

20100422

nobody..nobody...but u..

nobody..nobody...but u...
ni dah tahap x ley fikir ni..
adoi..
interperate...interperate...
qualitative...bla..bla..quantitative...bla,,bla...
delay time..bla..bla..argghh..

~~sabor2..sok kul9 je..kejap je lagi...

20100419

.....

very worst starting
3 papers to go
need to do much2 better
so many assigments need to be done
fieldwork trip is waiting for me
argghhh..too challenging to achieve my succes


Ya Allah, please give me a strong to face all of these.ameen..

20100413

common problem

pintu bilik terkunci
argghhhh!!...
dari mlm tadi
sesedap hati je lock pintu time tu
tengah2 gosok gigi teringat
alamak!!kenapa xde kunci kt leher ni.
selalu mmg sangkut kunci kt leher kalo nk g toilet
ahh sudaahhh...x bwk kunci...
niat nk mandi teros terbatal
nasib baek bdk cina sebelah tu ade
mmg teringat 1 mesia lah time nih
mmg mcm ape yg aku jwb dlm peksa PTD tu lah
sian jugak la kat dia
tolong pegi cari felo
last2 x dpt jugak
tp sangat2 apreciate pertolongan beliau
dah la janji ngan shahida nk pegi mkn
dia pulak puase.lagi kesian.
mmg shahida ingat aku pengsan sbb msg x reply.
haha.lawak giler.
pastu nsb baek shahida dtg bilik.ouh gosh!!..alhamdulillah..
thanks so much kt shahida
tolong tendang n kumpil pintu
aku ni harap badan je tough
tapi tendang pintu pon x larat
hebat lagi shahida kurus sekeping tu..huu
mmg kopak la tombol pintu tu..
mmg hobin jang hobin lah!!..ahaa..
ok yg tu settle pulak.
pagi dah buat report kat opis.
ingat kn dah tukar tombol.rupe nye belom lagi...aduyaiii...
balik tang fak.nk bukak pintu dr luar plak x boley.
Allahuakbar...mmg masalah betol la..
nasib mmg baek opis x ttp lagi.
terima kasih kat pakcik n makcik2 kerani UO yg tolong tukar.
tapi mmg tugas dioarng pon.
fuhhh...lega...teros tukar tombol baru..
okey lain kali jgn lupe bwk kunci
atau pon x payah nk kunci2 pintu ni kalo stakat nk g toilet

~~aku rase sume orang pernah pintu terkunci kan

20100409

esok

esok ade exm spa
ape la yg nk djwb
cuma buatlah yg terbaek
x salah utk mencuba
slmat berjaya kpd kwn2 yg dpt jugak

~~soalan sejarah yg aku lemah nih.

20100404

festival seni

malam tadi pergi dectar ngan shahida
ade festival seni ukm
wow..mmg sgt best..
yg taun lepas punye aku x dpt tgok
taun ni aku mmg alert ngan iklan dia sbb xnk terlepas
smpai2 je mase tu tengah persembahan muzik tradisional
waaa...sgt syokkk...mcm tgok konsertttt...
teringat zmn2 1st year dulu
aku dulu maen rebana ubi
mmg seronok giler buat benda yg x pernah kita buat dlm hidup
aku suka sangat tengok persembahan kebudayaan
penuh warna warni
sangat x menyesal pergi tengok
ni ade sikit pict2 yg sempat aku snap
tp x clear sgt
sbb pakai henpon cikai yo


ni persmbahan muzik moden. comel je vokalis dia. suara pon sedap.



dikir barat pon best. vokalis dia dpggil tukang karut kan?lawak giler. siap sempat jeling kat skrin nk tgok muka dia.suma org tergelak. nsb baek ko hensem.haha



haa.ni best sangat. tarian moden. diorang menari ikut lagu sweetdreams. nobody..nobody..but u..haha..sgt comelll..aku ingat dulu. ati join tarian moden.haha



ni da penutup.sgt best tgok kombinasi diorang. penuh warna warni.itulah budaya msia.



haa.korek punye korek.jumpe pict aku ngan rebana ubi. tp time bkn festival seni.ni kalo x silap time konsert dikir barat antara U kot.ntah x ingat.dah 2 taun lpas.

20100401

fuhh...

Alhamdulillah...
selesai semua nya...
tapi aku present agak cepat
so ade lebih 5 min
apa lagi.prof2 ambik kesempatan nak tanye byk2 la..
adoyaii...nasib baek bkn komen yg mengkondem kan
ingatkan dah habes awal boleh balik
tapi kena stay jugak smpai ptg
ade kehadiran...huh..

~~x dapat teman kn shahida g interbiu..
kalo x ley menyinggah2..heheee

20100331

debaran utk esok

esok kena present proposal
aku punye turn number 2
x sabor jugak nak lepas azab nih
ley la bertenang-tenang lepas ni
ley sambung siapkan assignment yang tertunggak

20100326

lindungkan...

Ya Allah, lindungi lah kesihatannya ya Allah...
kurang kan lah sakit yang ditanggung oleh nya YaAllah...


~~ayah, adik doakan ayah selamat..InsyaAllah..

20100318

asing

kenapa pelajar asing yg studi kt msia tak payah nak kena fasih bhsa msia eh??
setakat ambek asas bhsa msia je, ape barang.
setakat tau sebut "nama sy bla..bla.." "sy dari bla..bla.." "sy suka warna bla..bla.."
baik tak payah..
cuba tgok kalo student msia nk study kt jepun,wajib kena master dlm bhsa diorang.
german n rusia pon same.
ni kat sini, diorang yg nk study kt sini, kite pulak yg kena ikut cara diorang.
menyusahkan.
prof2 pon kalo boley nk ckp melayu je.
ye la, dah tentu dia nk ajar anak2 bangsa dia sndiri.
tu bkn bermksud kita tak tau ckp bhse omputih tu.
bkn bermksud kita x maju.
disebabkan dia sorang je yg asing dlm klas, kita pulak kena ubah bhsa sebab smata2 dia..
menyusahkan.
siap pertikai kenapa student tempatan boleh buat tesis dlm bhsa msia??
siap pertikai kenapa u*m memartabatkan bhsa msia??
siap kutuk english org msia ni very poor!!
tak ke hangin dibuatnye..shahidah mmg geram betol dgn bangsa2 diorang ni.
dah tu, kenapa kau nk smbung study kt msia jugak??
pegi la US ke. UK ke. austrolia ke. byk cekadak pulak.
kau jgn sampai kalo kau tanye kitorang, kitorang balas ckp bhsa msia!!
kau dtg sini, belajar r cara org sini.
kalo benda baru pandai2 la adaptasikan.
ni tak. sikit2 mintak tolong.
sekali 2 kali ok la lagi.
sapa x kesian tgok diorang.
tapi lame2 melampau la pulak.
ingat kite ni xde keje jugak ker.
aissshhh.....geram betol kalo ikutkan...
hairan jugak knape tmpt aku ni terlalu byk pelajar asing.
kalau yg pelajar dr seberang ok lagi.
ni yg bukan seberang ni. haiihhh....
jgn disebabkn nk kejar kuantiti.
kualiti tolak tepi.
x bleh ckp lebeh2.
nnt kang ada pulak yg print screen kang. erkk..
ni suara ketidakpuasan pelajar '1 dunia'.huhu..

**kitorang cukup anti dgn sorang student n*g*r** nih.
tak habes mengaku yg dia org baek.chett!!..

20100315

dinner alumni geologi '10

sabtu mlm ahad hari tu ada dinner alumni geologi '10
sekarang kami bergelar alumni ye.
tp aku masih bayar harga student lagi.murah la sket..
aku mula2 mls nk join.
tp kesian kat bdak2 2nd year.
penat diorang emel n call utk jemput pergi dinner.
ni kira support la.
ramai alumni yg dulu2 dtg. yg same batch ngan prof2 kitorang.
x sempat nk borak2 dgn they all. sbb diorang balik awal.
kami yg muda2 ni syok bgambo.
prof. h.d. tjia pon ade..
aku x sempat borak ngan beliau.
sbb borak ngan mama anizan lame bona..
discuss pasal padi le.apo laie..
walaupon batch aku x ramai yg turun.
tapi seronok dgr cerita pglman kerja masing2.
makanan ok. tapi nasi mcm x kena ngan lauk.
memandangkan meja kitorang ada 3 kosong.
so lauk byk lebih.x larat oo nk abes kn.
lagi2 waiter2 tu x menyabo nk angkat pinggan.
dah le ak mkn mmg slow.x feel btol..
the desert was so marvellous!!....
ni kat bawah ni ada sket gambo2 mlm tu.
gmbo2 tu adalah didownload kt fesbuk je.
memandangkan aku x bwk kamera.kredit to akma.


**tahniah kepda penganjur

**atlya dpt title miss of rockaholic ye that nite!! mantappp...

20100314

lama sudah

lama sudah x mengupdate blog.
last week sgt busy dgn proposal.
last minit punye keje.biase lah..
so, mggu baru dgn azam baru.
nk settle kan assignment gravity + magnetic + seismic + environmental ethic within 3weeks.
ouh goshh!!..can i finish all of them??
insyaAllah...usaha tangga kejayaan..

20100304

mari kita ke ladang hoiiii...

baru lepas tgok raja lawak...

ponnn...ponnn...bunyi dia.....

20100301

kami budak baru belajar..

aku menggunakan time weekend aku dengan benda yg sangat berfaedah.
wahh. sounds good.
ekceli. aku baru first time pegi swimming kat danau ukm.
nak tau.selama 3 taun lebey kt cni, baru weekend ari tu aku pegi swim kat danau.
nampak sangat x abes explore ukm.
terbukak hati nak pegi sebab bosan dok bilik. dengan panas nye lagi.
berendam2 dalam air pon bes gak. nak pegi gabai jauh.
so aku ngan zira pegi danau je la.
daripada x reti berenang.
now aku dah boleh terapung n kuak lentang sket2.
bley la setakat nak masuk sukem.huhu.
tu pon hasil drpd tgok2 org laen berenang n tanye diorang tips2.
sangat berbaloi2. tak payah bayar beratus2..jimat giler...
akibat drpd itu. kulit sangat burn.
ape tak nye. berendam drpd pagi sampai matahari terpacak.
punye excited..

~~
xde kena mengena dgn tajuk.
ok.nak bagi tau yg kami budak baru belajar kuak lentang.huhu

20100225

pernah tak..

pernah tak korang dalam kelas after 1 hour lecture prof suruh g beli air.
haha.ni berlaku dalam aku punye kelas. prof tanye nak take 5 ke tak?ok.kite take 5.

pastu prof bersuara,
"kamu pegi beli air. beli untuk semua skali" (nsb baek la student eh 3 org yo...)

haa..aku terkejut.prof nak belanja ke??cantekk.haha..
nasib baek abg asril ade.
classmate aku dr indon. dia la yg kena pegi beli.haha.padan muka.

bukannye take 5. dah lebey2 5 dah ni.
lame jugak la prof tggu air dia sampai.jauh jugak nak pegi beli air tu.
dapat la minum lemon greentea pree..
buat basah tekak...padahal aku mmg bawak air kosong dari bilik.
ok.sambung 1 hour lecture lagi....huh

~~prof murah hati, sangat disukai...heheee
thanks prof, belanje air td..

20100223

semakin dekat

arghh...waktu semakin dekat.
masa semakin suntuk.
terasa cepat betol masa berlalu.
ok.dah jangan nak buang masa.

20100219

raya cina

suka:

1. dapat mcm2 mknan dari jiran cina belakang rumah.
2. dapat kuih bakul dari cina belakang rumah jugak.tapi tak pernah makan.takot.
3. dapat limau berkotak2.
4. cuti lame.macam raya kite pulak.

tak suka:

1. kedai banyak tutup.sian org melayu.
2. jalan jem giler.
3. tak dapat angpau.
4. bising bunyi mercun tengah malam.

dah.tu je.

20100212

hepi holidays!!

saya dapat cuti seminggu. padahal mmg semua student cuti pon.huhu.
cuti CNY + mid sem break.

hari ni mau balik kg.

x sabor nak tengok perot akak saya. dia pregnant. dah makin boncit agaknye. makin gemok la akak aku.

x sabor nak jumpa mak + ayah. dah sebulan tak balik.

banyak keje kena siapkan. assgment + report + proposal.. arghhh!!...tak cuti name nye nih.

cuti ni plan mahu ronggeng bersama ex-schoolmates (sah + dayu + pja).

balik ni nak urut kaki. mak saya dah booking tukang urut. siap lah..

#sedang bersiap2 nak ke klas kul3-6pm..hmm..redho jer... =(


anyway, HEPI HOLIDAYS to all my friends!!..cuti, cuti jugak. keselamatan jgn lupa yek!! =p

20100208

family day

semalam ade family day geologi anjuran student 2nd year.
banyak giler dia punye game. sampai kul2 x abes2 lagi mane.
semangat kot. tapi yang agak terkilan student 3rd year tak ramai yang turun.
padahal time ni la family geologi nak kenal2 lagi rapat.
aku mmg tak snap 1 pon pict semalam. aku tompang kamera shahidah je.
so kalo nak tgok pict family day geologi semalam bley klik kat shahidah
ramai gak member2 batch ak turun.
so, next program adalah DINNER ALUMNI bln mac ni.
selamat berjaya adik2 2nd year!!


~~shahidah dapat menang dua lucky draw.

20100202

pecel leleh

tadi makan 'pecel leleh' for the first time. yeahh!!..bersama konco2 (lame x pakai word nih) den, atlya n shahidah kat hentian kajang. kedai dia just stall kat dalam kedai mamak.

ape 'pecel leleh'?? dia makanan jawe kot. sbb orang indon yg jual. 'leleh' tu maksud nye ikan keli. bukan air liur me"leleh" eh..'pecel' tu aku x sure apa maksud dia. tapi kalao ikut orang johor, pecel tu macam kuah santan + ikan pari salai + cili api.. perghh..tiba2 terliur... ada jugak rojak pecel.. haisshh..ni yang rindu nak balik muor nih...

'pecel leleh' ni nasi + lauk + sambal cili best + sayur mentah. erk. aku tak makan. aku just makan tomato mentah jek.lauk dia ikan keli / ayam goreng. kalau lauk ayam = pecel ayam kot..??
tapi tadi aku amek lauk ayam. same ngan den + shahidah. tapi yg tak best ialah tak bleh nak tukar ayam. ntah ape2..pastu kami add on 'bakwan' (dah mcm bak kut teh pulak). bakwan tu ade tempe + tauhu + cucur sayur + sambal cili. sambal cili dia yang 'mantopp'...air oder kat mamak tu eh..dah la berkira aney tu. mintak tisu pon kedekut. dia suruh mintak kat akak pecel leleh tu..yang akak tu pulak kasi la tisu skali. bayor sampai 4 hengget.. nasib baek sedap...huhu..

kitorang naseb baek tadi sbb sampai awal. akak tu tak mula jual pon lagi. dia kata tggu 15mnt. boley order dulu. tapi kalau lmbat mmg kena la bersabo ye.. mengikut cerita rakan2, kalau nak beli mmg kena beratur panjang. kenape orang sanggup beratur + menunggu?? sebab sedap la... tu je kalau rahsia meniaga. kalau sedap orang akan datang. walau kedai kau kat ceruk mane...

takpe. yang penting 'pecel leleh' mmg BEST!!!...(promote2)

nota kaki kanan yg hampir sembuh: sangat tak suka tengah2 makan ade org jual2. kesian.

20100131

kaki berbalut

pergerakan agak terhad dengan kaki kanan yang berbalut.
kalau jalan tu mmg orang akan toleh 2 3 kali jugak la. sambil tertanye2. 'kenapa budak ni??'
semalam pergi klinik dengan shahidah + ella
diorang menjadi tempat berpaut aku. kesian diorang.huhu..
lepas tu kat klinik dapat naek wheelchair tu..korang pernah naek??haa...
tapi shahidah segan nak tolak..tapi aku suka. sebab tak payah terhencot2 jalan..sakit dowh!!..
tapi aku kesian kat nurse yang tolong tolak tu. dah la kocik je orang eh. pueh jugak la dia nak gerak kan wheelchair tu..tp nak buat macam mane. dah terpaksa...

so semalam xray. Alhamdulillah. takde apa2. takde patah apa semua. cuma tisu cedera.
itu sebab buku lali bengkak. dr just bagi ubat tahan sakit + ubat bengkak + krim sapu.
dan hari ni sakit makin kurang. aku boleh pergi toilet sendiri. tak macam semalam.

ini baru kaki terseliuh. macam mane agak nye keadaan orang yang lagi terok dari aku kan. lagi terseksa agaknye. aku masih boleh lagi menapak. tapi terhencot2 la..
ini baru dugaan kecil dari Tuhan..


kesian kaki aku..


nota kaki kiri yg sihat: sangat terharu dengan keprihatinan teman2 aku.. sayang kamu semua!!

**mak aku suruh balik urut...huhu..tak mauuuu!!...

20100130

aduhhh!!..

kaki injured pulak time maen badminton pagi tadi kat Tasik Cempaka..
konon nak tunjuk hebat le...
ape hambekk....konon nak smash..pastu lompat tinggi2...
akhir nya gagal untuk mendarat....
'prapp'...giler sakit!!....sampai senak perot...huhu
sangat berterima kasih kepada sahabat aku
shahida n her 'friend' + janah + hiro (my japanese friend)
yang sangat ambil berat..dan aku memang berat..huhu

nota kaki kanan yg terseliuh: shahida terima kaseh sangat2 tolong belikan ais + air...sayang kamu!!! (sy sentiasa sayang kamu yek!! not this time only =p)

**sy nanges tadi.sakit sangaattt... ;(

20100127

puas

tadi petang dapat joging 5 round kat stadium ukm...
kalo x nak jugak terus kan lagi. tapi memandangkan aku sorang2 jek. so cukuplah 5 pusingan. dah la ade lawan bola kat padang tu. kang orang ingat aku saje je gedik2 joging and tarik perhatian pusing byk2 kali...tolong lahhhh...tak kuase..
'suka hati aku la nak berape pusingan'...tapi tu la..monolog dalaman kite bile kita wat sesuatu tu sorang2... padahal orang lain pandang pon tak kat kite...hahaha... tu name nye 'perasaannn'..huhu..

dah lepas warming down. aku blah. tengok jam cam awal lagi. baru jek pukul6.30. tu dah abes slow aku bawak 'honda' aku and rase cam dah cukup menikmati keindahan ukm ni time kat atas 'honda' tu..lepas park je 'honda' aku kt kolej. aku pon sambung jalan kaki plak dari kolej aku sampai KBH. xde lah jauh sangat. tapi mengah jugak la. dah agak2 nak smpai KBH, aku pon patah balik..okeh. perasaan puas baru timbul. ni baru la bleh stop. ingat nak terus balik bilik. tapi kaki aku melencong ke kafe. nih pekena neslo ais ni syok nih,..dengan tekak haus nye. teringat plak aku ade bawak duit sepuluh hinggit. ape lagi.. 'bang, neslo ais bungkus satu!! ikat tepi eh..'

nota kaki: sila jangan bawak duit kalo nk pergi joging...=(

20100126

apa da..

ada ke patot aku dapat spam email dari maybank admin pasal 'Maybank2u Account Information Verification'

akaun maybank pon aku takde...agak2 la...

nota kaki: sila berhati2 dengan penipuan yang banyak melanda akhir2 ni...huhu

20100124

haiyooo!!...

haiyoo!!..xde idea nak tulis abstrak utk environment ethic nihh...
dah lah kena submit esok...Tuhan tolong lah kurnia kan hambaMu ini idea...
dah penat fikir ni..huhu..

20100121

classmate shahidah


ni classmate shahida..
name dia gloria..from nigeria...yeaahhhh...



tgok shahida suke kalo gloria ade.......


nota kaki: gloria suke pakai eyeshadow kolor2..