20100822

perihal bazar ramadhan

salam semua!!
pejam celik pejam celik dah 12 hari kita berpuasa kan.
sekejap je.pastu dah raya...
aku suka bulan ramadhan ni sbb umat islam berlumba2 menambah amal ibadat masing2. bagus2.
suke tengok orang ramai pegi mesjid.
aku pon bulan puase ni merajin2 kan diri terawih kat mesjid.
terasa syahdu bila dengar alunan bacaan ayat quran oleh imam.
bukan setakat tu, badan pon jadi segar lepas berpeluh2 time solat.
tambah2 lagi makan macam2 time berbuka. sampai perot jadi ketat.
kira macam exercise la tu kan.
yang aku tak suka pulak bila berlumba2 nak pegi bazar ramadhan.
aduhh.. especially si penunggang motor.
takkan lari bazar tu dowh..tau la memasing poghut dah lapar.
bawak2 la bersabar. jangan sampai keselamatan pun diabaikan.
cakap pasal bazar ramadhan ni, baru 2 kali aku pegi utk puasa kali ni.
aku tak suka pegi bazar sebab ramai org. pastu bersesak mcm sardin.
aku sanggup je beli makanan kat kafe walaupon mcm bosan je lauk.
kalau kat bazar tu 1 round cukup lah.
lebih dari tu aku dah start rase pening2 berpusing2.huhu
sungguh tak lasak la aku ni.
ni aku teringat dulu masa sekolah rendah aku pernah pitam tau kat bazar.
sungguh memalukan!!
time tu x ingat darjah berape. aku pegi dengan ayah aku kat bazar ramdhan tampin.
time tu tengah tunggu kebab. aku ingat lagi. aku ni tak boleh diri satu2 tempat tu lame2. lagi2 la kalau puasa kan. giler memalukan taw..nasib baek time tu budak2 lagi. kalau time2 sekarang ni mau nye aku dah x jejak langsung kat bazar tu.!! jatuh saham i..haha
macam mimpi kot time pitam tu. rasa mcm melayang2. sedar2 je ada sorang makcik tu tengah renjis2 air kat muka aku. aku time tu macam blur2 je. aku tak tanye pon kenapa makcik tu renjis2 air tu. makcik tu pon dah mcm maen renjis2 dipilis pulak..
dah bangon tu teros je dapat kebab tu. saje je taw abg jual kebab tu nak tengok aku pitam.haha. ok boleh jadi taktik ni kalau tunggu lame2 order ape2 kat pasar mlm.haha.
lepas tu terus masuk kereta. dah tak sanggup nak pusing lagi. maluuuu kottt...
aku jadi senyap dalam kereta. aku mcm terfikir2 ada mcm kejadian pelik menimpa diri ini.haha
aku perasan ada calar2 luka kat siku. pastu aku flashback balik.
pastu baru la aku tanye ayah aku utk pengesahan. betol2 la macam mimpi!!
dah sampai rumah ayah aku pon report la kat ahli2 rumah.
ape lagi, kena bahan la dengan akak aku. cisss!!
and yet, aku kena bahan sampai sekarang!! sangat memalukan!! huhu..
sampai sekarang aku tak boleh lupa kejadian memalukan tu.
ok sekian.. tu je perihal bazar ramadhan kali ni.
selamat berpuasa ye!!






2 comments:

ZiRa said...

sungguh tidak lasak! hahahahha...ayat tidak tahan...;p

zidah mdtahir said...

tahu tidak ape..heehee