20120625

Kejadian Hampir Diragut

Lately ni banyak sangat dengar kejadian ragut or rompak.
And this was happened to me. Tapi me hampir2 diragut. Alhamdulillah, syukur Allah telah menyelamatkan aku. Kejadian berlaku depan rumah sewa kot. Bukan nya depan bank ke. aku baru cucuk duit ke apa kan. So now memang kena hati2 tak kira dimana2 anda berada hatta dalam rumah sendiri kan. Ok let start the story.

Semalam tengahari (Ahad, 24.06.12, 1.50pm). Takkan aku lupa kejadian ni sampai bila2. Dan ia nya menjadi pengajaran pada aku dan juga housemate yang lain. Lepas zohor tu aku n housemate, Su nak keluar makan. Aku dah siap dulu. sementara tunggu Su turun, aku pon nak pegi panas kan enjin kereta. Masa aku baru start enjin tu aku dah perasan ada 2 orang laki lalu naek motor bawak perlahan2. Baru masuk simpang taman. Tapi dia terus je la.
Pastu aku pon bermonolog dalaman. "apahal pulak orang ni. bawak motor perlahan2. pastu mata dok pandang2 kawasan rumah. nak carik rumah kosong ke??"

Tapi memang dah nampak mencurigakan kan la. Terdetik jugak rasa tak sedap hati tu. Sambil2 tu, aku turun kan la dua2 tingkap bahagian depan bagi sejuk sebab time tu tengah panaskan. Sementara bagi enjin panas, aku pon masuk dalam kejap nak amek beg duit. Tapi dalam masa nak masuk rumah tu aku dah rasa tak sedap hati. Tak sampai berapa saat aku masuk rumah, aku keluar je.... nampak motor tu patah balik ke arah kereta aku. diorang pon slow mcm nak berhenti. Ingat nak berhenti tanya ke kan. Rupa2 ye!!!... pembonceng yg duduk belakang tu sempat bukak pintu penumpang depan!!! (sebab bahagian driver ke arah dalam).....Aku pon tergamam ok!! Eh..eh..apahal pulak bukak pintu kereta aku?????...aku tak menjerit pon. sebab tergamam giler!! tapi dalam pada tu aku terus meluru ke arah kereta sebab nak tarik kunci kereta. Dalam hati " keta aku..keta akuuuu..abes laaaa...." cepat2 cabut kunci capai kat tingkap jek. sebab tingkap terbukak... ishhhh cuak gilerrr!!! aku takuit dia bawak lari kereta je. dengan selamba je diorang belah. tak pecut ponnn... automatik keluar perkataan 'Celaka'...hahaha..memang lepas tu macam sakit hati gilerrr...tak guna punye jantannnnn... lepas tu berdebarrrrr2 gilerrrr....mcm tak nak bernafasssss ok... aku syak dia nak amek henbeg. sbb normaly org pompuan kan suka letak henbeg kat seat depan kan. dan sememang nya takde henbeg pon kat situuu... dan kebetulan lepas tu Tab, boifren cici datang sbb nak bagi makan kucing. Dia pon perasan 2 laki tu. sbb diorang keluar simpang, Tab pon sampai.. Aku siap suruh Tab check kot2 diorang campak bom ke....hahahaha...drama sangatt... Alhamdulillah takde ape2.. Lepas tu terus buat police report. tak jadi pegi makannn...sambil drive tu mmg jalan nak pegi balai polis kajang pon boleh lupaaaaa....adooiiii...nasib Su ada....

Dan aku pasti penjahat tu akan cari mangsa lepas tu. sbb dia tak dapat apa2 habuan pon... sungguh tak guna punya jantan. melayu kottt...perosak bangsa!!

**So, moral of the story, jangan tinggalkan kereta ketika tengah panaskan enjin. walaupon bahang panas membakar,,,duduk je la dalam kereta tu.. zaman sekarang ni memang dah tak selamat... sekarang ni memang triple check kereta dah lock ke belum..pintu pagar dah mangga ke tak... fuhhhh...memang kena alert bunyik2 kat luar rumah...Now, I am so learn from the MISTAKE!!!

Jangan lupa jaga keselamatan ye kawan!!! Especially jalan2 sorang2...



1 comment:

muhammad fakhar muhammad nur said...

Salam,

Saya sedang menjalankan survey mengenai masjid bagi tujuan kajian penyelidikan master saya. Harap dapat meluangkan sedikit masa menjawab soalan yang di berikan.
Klik link di bawah untuk terus ke soalan. Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ